Friday, March 16, 2012

Untukmu wahai adam~

Assalamualaikum..

Wanita memang cantik..
yes.. serius cantik dan boleh menggoncang dunia..tapi..
Wanita juga manja, suka dibelai, suka dimanjakan..
tapi batas-batas pergaulan perlu dijaga..
sesungguhnya..
"jika cinta manusia melebihi cinta Allah.. kemungkinan perpisahan yg kita dapat" (anonymous, 2012)
janganlah marahkan wanita itu jika dia sedikit sombong dgn kamu..

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa

No comments:

Post a Comment