Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Siapakah bakal suamiku??

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

sources: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4424-aku-ini-tulang-rusuk-kiri-siapa.html

Monday, March 26, 2012

Kisah hidup

Assalamualaikum...

Perjalanan yg panjang penuh onak duri sgt sukar utk ditempuh...
tapi..
demi Allah yg khaliq..
Yang Maha Mengetahui akan hal2 ghaib..
demi segunung impian dan harapan..
aku teruskan jua...
demi wajah2 yg sentiasa di hati..
segalanya tidaklah seindah suria..
Mungkin sudah tersurat di Luh Mahfuz...
perjalanan sebegini perlu ditempuh..
asalkan hati dan diri ini tidak leka dgn arus dunia..

sungguh..
dunia ini hanya permainan sahaja...
permainan yg kadang kala buat kita teruja dgn keseronokannya..
namun hakikatnya...
dunia ini hanyalah tempat untuk kita menyembah Allah..,
menjadi Khalifah Allah...
mentaati perintah-perintah Allah dan menjauhi larangannya...
supaya akhirat kelak kita beroleh hasilnya..
sungguh hina diri ini..
kerana jadikan dunia sebagai permainan..
penuh suka dan tawa..
tanpa memikirkan apakah hasil yg akan aku dpt nanti?

Ya Allah...
diri ini penuh debu-debu dosa...
yang mungkin masih terlekat debu-debunya yg sukar utk hilang..
jalan-jalan hidupku...
hakikatnya tidak pernah beroleh kebahagiaan yg dicari..
sungguh..
ada kala hati jadi kosong.. sunyi...
lalu aku mula fikirkan makhlukMu untuk penuhi kekosongan hati..
mencintai makhluk Mu lebih daripada diriMu Ya Allah...
sungguh aku leka...dengan permainan dunia...

Teringat..
kata-kata seseorang yg telah menyentuh hati ini...
"jika kita mencintai sesuatu atau makhluk lebih dari Allah... sesungguhnya kita tidak akan temui kebahagiaan sebenar"
selama ini kata-kata nasihat dan tazkirah hanyalah di mulut..
bukannya di hati...
sesungguhnya...Allah lah yg mengawal hati ini...
Allah jugalah yg boleh lembutkan hati kita..
jadikan kisah-kisah duka kita sebagai iktibar..
untuk dekatkan diri dengan Allah..
supaya kita beroleh kebahagiaan sebenar..

::...Itulah Kehidupan...::

p/s: berusaha untuk menjadi yg lebih baik

Friday, March 16, 2012

Untukmu wahai adam~

Assalamualaikum..

Wanita memang cantik..
yes.. serius cantik dan boleh menggoncang dunia..tapi..
Wanita juga manja, suka dibelai, suka dimanjakan..
tapi batas-batas pergaulan perlu dijaga..
sesungguhnya..
"jika cinta manusia melebihi cinta Allah.. kemungkinan perpisahan yg kita dapat" (anonymous, 2012)
janganlah marahkan wanita itu jika dia sedikit sombong dgn kamu..

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa