Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Subhanallah aku mencintainya~

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

p/s: A beautiful song from Indah Dewi Pertiwi
Di Atas Satu Cinta~

Tuesday, November 8, 2011

Special for my birthday 28.10.2011

Assalamualaikum..
aku tau dah lama sepatutnya aku post entry nih..
hahaha tapi atas beberapa hal yg x dpt dielakkan, so delay la..:))
It was a best memory that remained in my mind..
I LOVE U ALL!!! :))

1.SURPRISE!!!!!


muahahaha... these was given by my roomate, Fiq & my close friends, Huda & Ang
May Allah bless u all my dearies..hihihi..

2. Jalan2 ke KL..yeyyy!!!! :)




Nampak x sign board tu? hahaha.. yess dats right..
aku pi mlawat rumah pengasih la.. kat KL...tapi agak lambat la sampai..
sampai sesat2 ke ISTANA DIRAJA yg baru..hahaha...
special btol BIRTHDAY aku kali ni.. :))

3. Surprise again!


From Izat.. Thanks!! :)

and...

this is what im craving for...
BLUEBERRY CHEESE CAKE!!!
From Shafiqah, my roomate... thanks dear! :)



p/s: hope aku dah boleh jadi dewasa sepenuhnya...hihihi
n... ramai betul doakan aku cepat kahwin..
Amiiin.....

Monday, October 31, 2011




I AM SO MADLY DEEPLY MISSING YOU.. ;(

Wednesday, October 26, 2011

RINDU

Assalamualaikum..
dah lama kan x mengupdate belog aku nih..
biasala bz kan.. lagipun xda idea sangat nak mengarang blog bg org baca...
suddenly i feel like so fragile.. so sensitive..
suddenly feel like cring.. n yes.. i am crying.. but no body knows
these 2 days i was just 'terperap' dlm bilik lama2.. xkeluar pun..
keluar bilik just ada urusan je..
biasala seorang yg bernama NUR FARHANAH MOHAMAD ISMAIL ni mmmg kejap2 brubah prangai dia...
hanya my family je kenal siapa aku..
no one can judge me..understand??
so bak kata HLOVATE.. "bukan dekat semua org kita akan cerita hikayat hidup kita.. hanya org yg kenal rapat je betul2 kenal baik buruk kita"
so like now.. i feel like.. i am alone...
and it is not me to bukak lagu kuat2 mcm skrg ni..
so bila aku bukak lagu kuat2 mcm ni mmg ada something wrong la tu..
rinduu..
yes rindu..
rindu kat my best friends... IKA & RAIHAN..
n not forgotten SYAZ..LINDA...
rindu sangat..
kat family aku jauh di sana..
Am... kakak rindu am sangat.hope am sihat..
adik.. kakak dah lama xmarah2 kan..
abang... dah lama x perang mulut ngan ang
aiman.. y are u being so isolated lately?? berubah sejak kena marah ngan abah.. but please don't reject me, ur kakak..
mak.. rindu nak masak sama2..
abah... rindu dengan gurauan abah wlaupun slalu marah2..
aku selalu berharap keluarga aku akan bersatu lagi..amiin

T_T

Tuesday, May 17, 2011

Entah kenapa

Hari yg serba tak kena..
aku berlagak tenang tapi org ckp aku mcm x kena
1 hari menunggu rasa mcm setahun
bersyukur kerana kamu slamat
saya dah mengantuk..
seharian tak kena..
seharian menunggu..
seharian gelisah tah pape...
semoga Allah jaga kamu disana..
All the best!!

Monday, May 16, 2011

Me & You

Ordinary, no
Really don't think so
Not a love this true
Common destiny
We were meant to be
Me and you

Like a perfect scene
From a movie screen
We're a dream come true
Suited perfectly
For eternity
Me and you

Everyday, I need you even more
And the nighttime too
There's no way I could ever let you go
Even if I wanted to

Everyday I live
Try my best to give
All I have to you
Thank the stars above
That we share this love
Me and you

Everyday, I need you even more
And the nighttime too
There's no way I could ever let you go
Even if I wanted to

Ordinary, no
Really don't think so
Just a precious few
Ever make it last
Get as lucky as
Me and you
Me and you

Sunday, May 15, 2011

Saya tunggu

okey xkesah berapa lama..
saya tunggu..
semoga awak berjaya..
take care

Friday, April 15, 2011

my truly "best friend"

You~

u are the one always by my side..
no matter what..
even when i got angry, u are the one who make me calm..
whenever i have no one, u are the one i have..
always be with me through thick n thin time..
when i cry, u make me laugh again..
when i stress, u make me relieve..
Thanks Allah cuz send a person like u to me..

p/s: xdak idea dah..hahaha.. tu je la dulu ayat2 jiwang aku..
dadaaaa~

Monday, April 4, 2011

sebab hubungan x mampu bertahan

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

p/s: Allah sudah tetapkan semuanya..
hanya perlu berdoa supaya hubungan diredhai

Sunday, February 27, 2011

baktisiswa 2011

best sangat rasa setelah 3 hari bersama family angkat n berbakti siswa gak ngan dak2 kaed (kulliyah of architecture and environmental design)..
even aku xkenal rapat sgt dak kaed..tp dorng sgt sempoi..
dah rasa mcm 1 family..
semoga program mcm ni diadakan lagi utk masa akan dtg,..=p
setelah penat lelah dan segala kesulitan berhadapan dgn org atasan utk mnjayakan program ni, akhirnya program berjaya berjalan dgn lancar..tahniah kon + kaed!!!
nak je upload gambar..tapi my blog ada mslh..huhuhu
btw..1st day sampai..mcm agak segan sbb x kenal kan dgn mak angkat baru..
dan x pernah berangkat2 cmni..
rasa best sgt...tapi aku sntiasa tringatkan mak kandung sndiri,..
masakan mak angkat (org muar, johor) best..tapi x menepati sgt selera pedas aku..hehe..btw..aku x kesah..sbb aku makan je smua..x memilih..
aku belajar cara nak buat AYAM MASAK UNGKEP..tu jawa punya nama la..
nama melayu dia AYAM MASAK KETUMBAR.. hoho...sedap2..sgt sedap..pastu mlm plak "mak" buat pisang goreng..sedap sgt..rangup..
so skali lagi aku asyik tanya resipi dia...
ada gak masakan tempoyak ikan patin..tapi aku kurang suka..heheh btw..mcm biasa..aku mkn je semua..weeee ^_______^
bestnya kan slalu mcm ni...mkn sama2 borak2..
1st day, cucu2 dia smua diam je..x kenal kot..masuk 2nd day..maken buas plak jadinya.. kami maen je ngan anak2 dia.. terutama AISYAH..dia budak yg sgt cerdik! seriusly..pandai baca doa..cepat ingat nama..n cepat je ikut apa org buat... umur dia baru 2 tahun :) comel kan...geram sgt..
nak je upload gambar kat cni..tapi x dpt..xpe2..simpan dlm hati..
semua sporting..termasuk anak2 "mak"..nor yg baru abeh spm pun suka ktorang datang..maklumlah..dia smua adik bradik laki je..huhu =p.. da last tadi sedih sgt kot..nak berpisah dah..skali lagi..terbayang mak aku..2 yg wat aku sdih sbnrnye... then amek gambo bersama...so sweet..semoga ikatan ukhuwah yg terjalin ni kekal selamanya..amiin..

Sunday, January 16, 2011

jodoh

im afraid of that nightmare..
ya Allah...
ampunkan aku..
sesungguhnya banyaknye dosa aku pada Mu
ya Allah...hanya Kau mengerti perasaan aku..
aku sangat takut perkara itu berlaku..
ya Allah..aku cuba sedaya upaya utk mencari keredhaanMu..

Ya Allah..makbulkanlah doa- doaku.. amiin..
Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta

Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***

"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah

Itulah dia Cinta.."

"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."

**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"***

Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.

Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.

Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat penangan cinta yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi marak ia menyala. Sehubungan itu, utk memadamkannya terus pasti sesuatu yg mustahil utk dilakukan.

Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan kepada fitrah ini.

Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya akan bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.

Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan. Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.

Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.

Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:

وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."

Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yg diredhaiNYA sentiasa.

Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:

(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik

(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.

(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.

Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.

Dinasihatkan dalam sebuah athar :

ما خاب من استخار ولا ندم من استشار

Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)

Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.

Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana "Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."

Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak menjadi kemestian melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan mimpi kita telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan jawapan itu.

Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan sebenar kepada istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia, tanpa ada sebarang halangan di tengah-tengah jalan.

Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.

(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah. Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA. Hikmahnya adalah TIADA RUGI..

(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.

(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.

Wallahu'alam..

Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam istikharah, di sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk kedua-dua, sama ada lelaki atau perempuan:

(1) Sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia merasakan ini jawapan) pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan dengan sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam masa yg sama istikharah diteruskan.

(2) Jika didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan disegerakan perkahwinan berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada masalah di sepanjang pelaksanaan.

(3) Jika belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah dengan lebih istiqamah.

Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar apabila masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi menyatakan "Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg mengetahuinya".

Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?

Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun minallah memang hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan jawapan "gantung tidak bertali" ini akan menyebabkan pihak yg sedang menunggu jawapan, tertunggu-tunggu. Dan ternanti-nanti, malah menyebabkan fikiran pihak itu terganggu dalam segala urusan, hati pihak itu juga tidak akan tenang.

Alangkah baiknya, jika berterus terang.

قل الحق ولو كان مرا

(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.

Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..

Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini. Tiada cinta yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat penting.

Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.

Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.

Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak. Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.

Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta memburukkan ibadah.

Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan "nama si dia" tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA "jodoh terbaik untukku"..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.

Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain "api".

Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya semata-mata.

Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..

"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut. Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua. Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."

"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan.."

Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya..

اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب

Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..