Thursday, April 12, 2012

Surat untuk Calon Suamiku..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ke hadapan calon suamiku,,
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dgn rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yg ketika ini sedang engkau genggam?

Wahai calon suamiku..

Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dgn dahsyatnya? Di sini aku dilatih utk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.

Kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yg paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.

Calon suamiku...

Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yg hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yg kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yg engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yg engkau dapatkan.

Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yg ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yg mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.

Wahai calon suamiku..

Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yg solehah, agar kelak dapa menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yg solehah agar kelak di syurga hanya aku yg menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yg soleh.

Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.

Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah;
"Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik. Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yg sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yg kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yg kita perlukan."
Aku yakin engkaulah yg aku perlukan, meski bukan seperti yg aku harapkan.

Calon suamiku yg dirahmati Allah..

Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.

Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dgn harta yg halal, dengan ilmu yg bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yg terbaik. meski bukan umat yg terbaik, tetapi setidaknya menjadi yg terbaik di sisimu kelak.

Calon suamiku..

Inilah sekilas harapan yg kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yg dirasakan dapat diungkapkan dgn kata-kata. Itulah yg kuhadapi kini. kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yg akan belajar memahamimu.

Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir...

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Kembali kepada Allah..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..hari ni masih diberi peluang utk aku bernafas...
dalam dunia yg sangat pantas ni..
yg penuh dgn dogaan dan ujian tak putus-putus..
aku berpeluang mencari cinta Allah..
mencari ilmu Allah..
mencari hidayah Allah..
mencari diri sendiri yg dahulunya hanyut dek kealpaan dunia..
Hati selalu berdoa.. moga diberi kekuatan..
dan Allah berikanku ujian-ujian bertimpa-timpa..
di kala cinta-Nya ingin kugenggam,
muncul rintangan & halangan yg amat payah utk ditepis..

Ya Allah..
semoga diri ini terus dalam jalan redhaMu..
ampunkan aku..

Wednesday, April 4, 2012

Siapakah bakal suamiku??

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

sources: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4424-aku-ini-tulang-rusuk-kiri-siapa.html

Sunday, April 1, 2012

Which one do you choose??

Assalamualaikum..

Here you go...

Me-ow~~


"It's never too late to do right thing", (Puss In Boots, 2011)




Right or wrong way??
It's not too late to change yourself :)

p/s: baru tengok Puss In Boots.. ketinggalan sket.. heheee ;))

Tuesday, March 27, 2012

Bidadari dunia~

Assalamualaikum..

baru- baru ni, sedang aku melihat wall pada Facebook aku...
ternampak la video ini.. terpaku.. dan terlintas di fikiran...
cantiknyaa insan bernama wanita..
alangkah indahnya jika semua di dunia ini seperti bidadari...
aku quote something daripada Hilal Asyraf...

Wanita. Nampak seperti lemah. Nampak seperti tidak bermakna. Dahulunya dunia menjadikannya semata-mata hamba. Tidak kurang sebagai simbol seks. Bahkan ada peradaban terdahulu menganggap perempuan itu sebahagian dari syaitan kerana banyak membawa fitnah kepada kehidupan.

Tetapi Islam datang membawa sinar kemuliaan. Wanita diangkat mulia. Dijaga. Bahayanya diakui, tetapi mulianya tidak dihilangkan begitu sahaja. Wanita-wanita yang mengambil Islam sebagai cara hidup, terus menjadi seperti bidadari. Mahal. Berjalan di atas dunia dan dicemburui bidadari-bidadari Syurga.

Artikel ini sekadar menunjukkan cebisan-cebisan jejak Bidadari Dunia yang telah menembusi syurga. Semoga wanita-wanita yang masih hidup kini terasa mulia, dan ingin menjadi seperti mereka.

Kerana saya, seorang Adam nyata bahagia melihat bidadari-bidadari dunia.


Hawwa di sisi Adam.

Saya suka menggunakan cerita ini untuk menunjukkan betapa ‘mahal’nya seorang wanita.

Adam itu diciptakan di dalam syurga, yang segala-galanya sempurna. Tetapi nyata, kesempurnaan syurga itu tidak mampu mengisi jiwanya. Terasa dia sunyi dan sepi, hinggalah akhirnya diwujudkan buatnya Hawwa.

Mahalnya wanita adalah seperti syurga. Itu pada saya. Sebab itu ada lelaki, mereka fikir bila dapat wanita, mereka dapat segalanya. Sebab itu ada lelaki, sanggup gadai segala benda hanya untuk dapatkan seorang wanita.

Hawwa mengisi kekosongan jiwa Adam yang berada di Syurga. Hawwa itu jugalah yang menemani Adam saat menempuh kehidupan yang sukar di dunia. Tanpa kita lupa, Hawwa jugalah antara sebab mengapa mereka diturunkan ke dunia.

Pada permulaan sejarah manusia, perempuan wujud sebagai pelengkap. Wanita tidak menjadi ‘pemula’ sebagaimana Adam. Tetapi nyata Hawwa adalah ‘pelengkap’ yang diperlukan oleh seorang pemula.

Tidakkah wanita hari ini belajar daripada Hawwa?

Dari situ jelas terserlah intipati utama mengapa perempuan itu dicipta.

Adam memerlukan Hawwanya!



Asiah Yang Menyelamatkan Musa.

Suami yang jahat tidak semestinya isterinya jahat juga, sebagaimana ironinya suami yang baik tidak semestinya baik isterinya. Begitulah Asiah di sisi Firaun. Sangat kontra sikap mereka, tetapi nyata Firaun amat-amat mencintainya. Dan tidaklah Allah SWT meletakkan Asiah di sisi Firaun, melainkan untuk memainkan watak yang amat penting dalam sejarah manusia.

Bidadari manakah yang menyelamatkan Nabi Allah Musa, kala Firaun bergerak hendak membunuh Musa yang masih bayi itu? Kalau bukan seorang Bidadari bernama Asiah. Bidadari yang berani berhadapan dengan Firaun yang terkenal bengis dan keras.

“Mungkin kita boleh mengambilnya sebagai anak angkat, sedang kita sendiri tidak punya anak. Masakan anak sekecil ini boleh membawa bencana kepada kita.”

Dan Musa AS membesar memenuhi takdirnya sebagai utusan Ilahi.

Manakala Asiah pula menjadi salah seorang yang percaya kepadaNya, sekaligus memperjuangkan Islam di dalam istana Firaun. Dengan tabah berusaha juga membawa suaminya ke arah kebenaran, walau akhirnya diseksa dengan penjara. Dia tetap adalah yang teguh berpegang kepada ajaran Tuhan, walau akhirnya di dalam penjara dia terseksa hingga kematian.

Mulianya Asiah hingga dia diabadikan di dalam Al-Quran:

“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.” Surah At-Tahrim ayat 11.

Tetapi siapakah yang melihat bidadari dunia ini dan mencontohinya?

Hari ini kebanyakan wanita tidak diduga seperti dugaannya Asiah, tetapi telah awal-awal meninggalkan syariat Allah Ta’ala. Maka di manakah kemuliaan semahal syurga tadi? Murah terus berubah harganya selayak gaya peribadi.



Hajar Yang Membesarkan Ismail Itu.

Kita saban tahun akan mengulang kaji kisah Hajar ketika musim Raya Haji. Tetapi wanita manakah di dunia ini yang ingin mencontohi bidadari dunia ini. Inilah dia sayap kepada Ibrahim, dan murabbiah kepada Ismail.

Akhlak cantik Ismail bukanlah tumpahan tarbiyah Ibrahim, tetapi adalah daripada tangan wanita mulia bergelar Hajar ini. Inilah dia wanita yang tidak meraung apabila ditinggalkan suaminya kerana Ilahi. Inilah dia bidadari yang kepercayaannya kepada Allah teramatlah tinggi.

Tiadalah dia apabila ditinggalkan suaminya itu, mendidik anak agar membenci pasangannya yang meninggalkan. Tetapi dia tulus mendidik Ismail agar menjadi taat dan percaya kepada Tuhan. Lantas apabila Ibrahim AS pulang kembali membawa berita untuk melakukan korban nyawa Ismail, Ismail yang dididik Hajat menjawab dengan jawapan yang tenang dan mulia.

Tidakkah kita membaca kisah itu di dalam Al-Quran?

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” Surah As-Saffat ayat 102.

Apakah Ismail automatik menjadi sedemikian rupa?

Tidak. Tetapi berkat didikan Hajar, kesabarannya, kecekalannya, ketabahannya, keimanannya, keyakinannya.

Itulah dia Bidadari Dunia.

Dan siapakah dari kalangan saudari-saudari saya yang ingin menjadi seperti Hajar pada hari ini?



Dan Di Sisi Rasulullah Itu Bidadari-bidadari Baginda.

Tidakkah kita sering membaca Sirah, bagaimana Rasulullah SAW ketika pertama kali menerima wahyu?

Baginda pulang ketakutan dan siapakah yang menenangkan baginda?

Bukankah seorang bidadari dunia bernama Khadijah?

“Jangan takut. Sesungguhnya amat mustahil Allah akan membinasakanmu. Sesungguhnya engkau adalah yang menghubungkan silaturrahim, membantu yang sengsara, mengusahakan barang keperluan yang masih belum ada, memuliakan tetamu dan membantu orang menegakkan kebenaran.”

Bukankan bidadari dunia itu yang berada di sisi baginda?

Bidadari Dunia itu jugalah yang memberikan baginda harta untuk diperjuangkan di jalan Allah SWT. Bidadari Dunia itulah yang menemani baginda saat dipulau selama 3 tahun 3 bulan.

Jika kita selak lagi lembaran sirah, tidakkah kita kenal dengan seorang lagi bidadari dunia bergelar Ummu Salamah, salah seorang dari Ummul Mukminin, isteri baginda SAW?

Saat Rasulullah SAW buntu mengapa kaum Muslimin tidak menuruti perintahnya untuk melaksanakan penyembelihan binatang qurban dan bercukur kerana tidak dapat melaksanakan umrah pada tahun berlakunya Perjanjian Hudaibiyah, bukankah Bidadari Dunia bernama Ummu Salamah inilah yang memberikan nasihat:

“Wahai Nabi Allah, apakah engkau menginginkan perintah Allah ini dilaksanakan oleh kaum muslimin? Keluarlah engkau, kemudian janganlah mengajak bicara sepatah kata seorang pun dari mereka sampai engkau menyembelih qurbanmu serta memanggil tukang cukur yang mencukurmu.”

Bila Rasulullah SAW melaksanakannya, barulah kaum Muslimin rasa bersalah kerana tidak menghiraukan perintah baginda, dan mula mengikut apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Semua ini adalah Bidadari Dunia.

Yang beriman kepada Allah SWT. Yang jelas akan matlamat mereka berada di atas dunia. Pada mereka ada ketabahan, kekentalan, yang menjadi pakej lengkap untuk mengiringi seseorang yang hebat. Bukanlah mereka itu sekadar hiasan, tetapi merupakan pembantu dan pelengkap yang diperlukan.

Maka siapakah yang mencontohi mereka?



Dan Muhammad Al-Fateh itu dibesarkan Bidadari Dunia Yang Berwawasan.

Tiada siapa yang mengetahui bahawa Muhammad Al-Fateh adalah yang akan membuktikan profesi Rasulullah SAW di dalam hadith baginda berkenaan pembukaan Konstantinopel menjadi kenyataan.

Tiada siapa yang tahu.

Tetapi seorang bidadari dunia, yang telah mengandungkan Muhammad Al-Fateh selama 9 bulan 9 hari punya wawasan yang tinggi untuk menjadikan anaknya sebagai pemecah profesi tersebut.

Saban hari, sejak dari Muhammad Al-Fateh di dalam gendongan, Ibunya akan membawanya ke tempat yang tinggi menghadap ke Konstantinopel, lalu membaca hadith Rasulullah SAW yang masyhur:

“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” Hadith Riwayat Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335.



Dari kecil, bidadari dunia inilah yang membina seorang Muhammad Al-Fateh dengan harapan dan inspirasi. Agar anak itu punya wawasan dan fokus, punya cita-cita yang tulus. Mahu menjadi sebaik-baik pemimpin yang mampu membina sebaik-baik tentera bagi merealisasikan apa yang Rasulullah SAW kata.

Maka di manakah saudari-saudari saya pada hari ini, yang mahu merealisasikan 1001 janji Allah SWT dan RasulNya bagi mereka yang tunduk dan mentaati?

p/s:taken from www.langitilahi.com

Monday, March 26, 2012

Kisah hidup

Assalamualaikum...

Perjalanan yg panjang penuh onak duri sgt sukar utk ditempuh...
tapi..
demi Allah yg khaliq..
Yang Maha Mengetahui akan hal2 ghaib..
demi segunung impian dan harapan..
aku teruskan jua...
demi wajah2 yg sentiasa di hati..
segalanya tidaklah seindah suria..
Mungkin sudah tersurat di Luh Mahfuz...
perjalanan sebegini perlu ditempuh..
asalkan hati dan diri ini tidak leka dgn arus dunia..

sungguh..
dunia ini hanya permainan sahaja...
permainan yg kadang kala buat kita teruja dgn keseronokannya..
namun hakikatnya...
dunia ini hanyalah tempat untuk kita menyembah Allah..,
menjadi Khalifah Allah...
mentaati perintah-perintah Allah dan menjauhi larangannya...
supaya akhirat kelak kita beroleh hasilnya..
sungguh hina diri ini..
kerana jadikan dunia sebagai permainan..
penuh suka dan tawa..
tanpa memikirkan apakah hasil yg akan aku dpt nanti?

Ya Allah...
diri ini penuh debu-debu dosa...
yang mungkin masih terlekat debu-debunya yg sukar utk hilang..
jalan-jalan hidupku...
hakikatnya tidak pernah beroleh kebahagiaan yg dicari..
sungguh..
ada kala hati jadi kosong.. sunyi...
lalu aku mula fikirkan makhlukMu untuk penuhi kekosongan hati..
mencintai makhluk Mu lebih daripada diriMu Ya Allah...
sungguh aku leka...dengan permainan dunia...

Teringat..
kata-kata seseorang yg telah menyentuh hati ini...
"jika kita mencintai sesuatu atau makhluk lebih dari Allah... sesungguhnya kita tidak akan temui kebahagiaan sebenar"
selama ini kata-kata nasihat dan tazkirah hanyalah di mulut..
bukannya di hati...
sesungguhnya...Allah lah yg mengawal hati ini...
Allah jugalah yg boleh lembutkan hati kita..
jadikan kisah-kisah duka kita sebagai iktibar..
untuk dekatkan diri dengan Allah..
supaya kita beroleh kebahagiaan sebenar..

::...Itulah Kehidupan...::

p/s: berusaha untuk menjadi yg lebih baik

Friday, March 16, 2012

Untukmu wahai adam~

Assalamualaikum..

Wanita memang cantik..
yes.. serius cantik dan boleh menggoncang dunia..tapi..
Wanita juga manja, suka dibelai, suka dimanjakan..
tapi batas-batas pergaulan perlu dijaga..
sesungguhnya..
"jika cinta manusia melebihi cinta Allah.. kemungkinan perpisahan yg kita dapat" (anonymous, 2012)
janganlah marahkan wanita itu jika dia sedikit sombong dgn kamu..

Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.

Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.

Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.

Kerana Adam adalah pembela Hawa

Monday, March 12, 2012

Pray for Syria

Assalamualaikum...

selama ni aku selalu amik mudah je segala benda cerita dunia...
if baca paper pon cari tajuk2 yg menarik baru nak baca..huuu
kadang2 bila borak ngan kwn2 atau ngan parents pasal isu semasa selalu aku ketinggalan -_-.. btw.. its time for me to ubah myself...
shift to rajin amik tahu hal2 dunia drpd malas nak baca berita..
ini ada article yg aku copy dari blog kawan aku..
hope semua yg diceritakan benar..
tersentak jugak aku baca...sedihnya keadaan negara mcm ni...

Copied from Facebook Muhammad Nur Aufa:

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana.

PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

bila fikir balik... betapa selama ni kita lalai dan leka dengan nikmat dunia..
betapa selama ni selalu merungut itu ini.. semua tak kena..
semoga article ni beri pengetahuan kat aku and to you alls..

p/s: pray for Syria
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Friday, March 2, 2012

Bahagia

Assalamualaikum...

bahagia meaning?? mestilah happy, hidup aman tenang sejahtera dan tiada masalah :)
ramai kawan2 aku yg sudah melalui alam bahagia itu.. bole agak dah kan apa? =p hope kita pon bole dapat kebahagiaan sbnr iu..

dear friends..
kadang2 erti bahagia itu subjective... some people suka tunjuk kat semua org yg dia tgh bahagia,.. some people suka sorok2 sbb x nak dikatakn menunjuk2.. it depends on what we'r thinking.. For me kebahagiaan yg perlu diutamakn ialah for parents.. selagi mereka blum happy dgn kita jangan harap la kita nak happy..

so.. time by time.. bila aku renung kembali, aku nak parents aku happy dulu baru then aku happy.. paham ke? xphm xpe, aku je paham =p.. dalam kita mencari bahagia, kdg2 ada jugak hujan ribut taufan petir yg turun di pertengahan jalan.. so mcm mana tu?.. ada kala kita perlu merahsiakan sesuatu drpd umum bila ia menyentuh sesuatu yg belum pasti... bagi aku.. xperlu nak menyatakan kita bahagia kepada umum sbb belum tentu kita akan bahagia kemudian hari..

Aku sedar akan hal ni lama dah.. but masa cuti semester hari tu, lama2 aku terfikir.. xselamanya aku akan macam ni... mencari kebahagiaan yg xpasti.. biarlah waktu itu datang sendiri dan Allah kurniakan kebahagiaan yg x pernah kita fikirkan..
semuanya bermula bila aku ckp2 pasal nikah kahwin pada mak..n tunjuk gambar Ally & Farah Lee nikah...mak pon cakap,"tengok depa x bercinta pun.. then nikah terus.. mcm zaman dulu2 la zaman mak dulu, org tua yg duk kira... x bercinta pun.." aku pon cakap.."yala..berkat kan..".mak sambung.."memang berkat satu, dia mcm..". mak tergantung ayat.. dari situ aku paham mak nak cakap BERCINTA SELEPAS NIKAH LEBIH MEMBAHAGIAKAN.. maybe sejak itu aku slowly nak mereka bahagia dgn cara yg x menyakitkan mereka...

Btw.. its true.. kebahagiaan yg sebenar bukan dengan perkataan "I MISS YOU atau I LOVE YOU sentiasa" dan bukan juga dgn cara berjumpa utk lepaskan rindu..memang aku akui kata2 mak benar... cukup dengan hanya perhubungan yg direstui & doa yg x putus2 kpd Allah supaya memberi kebahagiaan yg kita cari2 selama ni..

So girls, jom kita cari kebahagiaan yg sebenar :)
Wassalam

Sesuatu yang tak terungkap

Assalamualaikum...

lama kan x update blog.. aku x sihat sangat lately so xda mood sangat n malas...:)
bole plak ek malas? mslh tol farhanah ni...kepada kengkawan yg concern dgn aku thanks so much.. semoga Allah beri yang terbaik kpd kamu semua.. kepada yg buat x kisah tu xpela..nak wat cmne kan.. aku bukan jenis bila sakit nak inform kat semua org.. hihi ^_^.. aku nampak je lembik kat luar.. tp dalaman aku ni kuat..

apakah "sesuatu yg x terungkap"??? heee... kadang2.. dalam kehidupan ni.. kita x boleh 100% cerita segala benda kat org kan.. bak kata Hlovate "tak perlu nak cerita hikayat hidup kita kepada semua orang".. lbh kurang cmtu la.. aku kan peminat Hlovate ^_~.. tapi novel dia yg terbaru CONTENGAN JALANAN x abeh baca pon..huhu..

Setiap hari dalam hidup mesti ada pasang surut... begitu juga dgn kehidupan insan seperti aku ni..ada ups and down.. kadang2 kita tertawa bersama2.. tapi one day kita dah x boleh nak gelak sama2.. kadang2 bila kita ada seseorang utk share, belum tentu seseorg tu akan bersama kita through thick n thin time.. sometimes, sesuatu dalam hati x dpt nak diluahkan dgn kata2... its a subjective thing... maybe korang x paham tapi biarlah aku je phm :)

sesuatu yg terperap lama2 dlm hati tu kadang2 bole meletup n ada jugak boleh heal sendirinya... begitu jugak aku.. nak sangat2 tell the world "I HATE THE WAY YOU ARE!!!" tapi cannot la kan...hati org kena jaga... Sometimes kita mengharapkan seseorang memahami kita, tapi x semudah itu kan..aku bersyukur kerana dikurniakan sifat yg "boleh bertahan dgn org2 yg suka marah (sbb aku pon mcm tu ;)),tegas, jujur dan cannot be manipulated by people"..

btw readers... the best thing to do is.. REDHA... BERSIFAT TERBUKA.. dan yg penting sekali MATANG!.. :) kadang2 xperlu la nak berbalah sesama sendiri walaupun perkara yg kecil.. umur dah menginjak dewasa... kita boleh fikir sendiri... sebenarnya hidup ni kita x boleh terlalu mengharap pada org lain.. just be independent like me... Hujan ke ribut ke petir ke mai kat aku, nothing happen.. im just being me.. maybe some people not really know me myself... but im just being me when with other people.. aku jujur..bila aku cakap x suka.. jangan la nak kata apa.. maybe sometime aku jnis manusia yg cepat terpengaruh, tapi like i said in previous previous entry :) (lama dah entry tu), setelah banyak perkara happen to me, im stronger now...

siapa cakap aku sopan santun? no la..haha... mak aku sendiri ckp mulut aku lancang.. that mean aku tegas dgn benda yg aku nak tegaskan..heee.. (lancang sbb slalu gado ngan siblings ;))... maybe org nampak aku PENAKUT.. tapi aku kuat... and when you see im crying, that mean sesuatu yg berlaku tu benar2 buat hati aku xkuat n sedih.. sesuatu yg tak terungkap tu x kan buatkan aku lancang berbicara sbb ada kala kita perlu jaga hati org.. bukannya mengharapkan org nak jaga hati kita :)

ok itu saja entry kali ni..
p/s: semoga Allah sembuhkan aku dgn cepat..amiin

Thursday, February 2, 2012

Subhanallah aku mencintainya~

Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lemran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

p/s: A beautiful song from Indah Dewi Pertiwi
Di Atas Satu Cinta~

Friday, January 20, 2012

A WISH

Assalamualaikum...

apa khabar semua??
pelik x sbb pe aku wat title huruf besar??
sbbnye... wish ni la yg aku nak sgt2..dari dulu..huu
step by step...
hope Allah makbulkan doa ni.. amiin :)

p/s: there are so many wish list... this one i wanna it come true ;)

Saturday, January 14, 2012

gudbye 2011, hello 2012

Assalamualaikum...
ye aku tau aku lambat post pasal ni because i have no time..
yeah.. busy kan..hehehe :))
2011.. cepatnye masa berlalu..
dah pun 2012.. tapi aku still x kawen2 lagi...ahahahaa.. ;p

yeah...everyone mesti ada azam tersendiri kan..
but for me... "tahun baru azam baru" x kan terjadi if kita x berusaha..
xkan tiap2 tahun berazam je kan without any efforts, ryte?? :)
throughout all obstacles i faced in 2011..
most of them make me more stronger n matured..:)
matured ka? haha i noe da umo 22 tahun lebih..
tapi im sure that im going to be more stronger after so many things happen in my life~
that dream not come true YET~...
but im working on it...:)
so many things i wanna achieve but Allah don't give it to me yet..

in 2011
i've learned so many things..
about friendship, family, love, interaction with people, everything...
sometimes kita berazam nak berubah jd lebih baik..tapi x menjadi kan..
sometimes kita jatuh, bangun semula, jatuh lagi tanpa seorang pon tahu
Allah knows best :))

for this early 2012.. aku terpaksa berhadapan dgn kenyataan..
yg aku FAIL OSPE!!..its so ashame... FOR THE FIRST TIME!!
but aku amek itu sbagai pemangkin utk terus berusaha...
aku x akan lupakan ini sampai bila2...mmg akan aku ingat sampai bila2..
KEGAGALAN ADALAH TANGGA UTK KITA TERUS BERJAYA..
aku pegang kata2 tu...wpon FAIL.. tapi aku redha..
maybe after this aku akan jadi staff nurse yg berjaya?
nobody knows ryte? :) *be positive*

btw, untuk sepanjang tahun 2012 akan datang...
aku sangat berharap ALLAH makbulkan doa-doaku...
amin :)

p/s: im so headache ryte now.. cannot think of any other things..
sorry if my story not interesting :)