Sunday, May 29, 2011

Mengatasi RINDU berlebihan

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.

Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.

Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:

"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

Hang out~

Hye guys,
disebabkan aku terasa sgt la bosan duk kat kuantan ni..
aku kuar ngan kwn2..
pusing2 cari baju raya.. tp x da rezeki nak beli..haha
pusing2 ecm then megamall then eng hong..haha..
like usual aku drive mcm nak drift kete..macam KL drift tu..haha
teringin nak tgk PIRATE OF CARIBBEAN.. tp xpela..nanti2 la :))
i have to save my money for my holiday soon.. (tiap kali cuti aku terperap je kat rumah x g mana2..haha)
ok guys sbnrnye byk bnda aku nak beli..tapi disebabkan nak saving, just bnda makanan je la yg penuh kat tgn aku..haha
Sambil2 berjalan ada jugak amek gambar..
Mekang la yg excited..hihi..aku tumpang je..lalala sorry mekang :) ops.. CIKANG la..haha
Here u go..


I LOVE TO EAT! Cheesy volcano is heaven :)


Through the mirror ^_^


We love to be in the frame ^_^
In this photo: CIKANG :)


Kira, ang n aku :)


Pipah, me n ang :)

Itu saje yg ada utk kali ni..heee
p/s: Im happy ^_^

Monday, May 23, 2011

Manusia boleh berubah

ok aku nak crita diri aku yg dulu n skrg ek,

dulu aku suka sgt marah2..sampai adik aku yg kcik pon aku marah semua aku marah, mmg x ley n x reti nak control..
SEKARANG aku still panas baran tp dah bole tolerate da ngan environment..apa2 jd pon xpela..aku boleh tahan sket baran ni..

dulu kecik2 sampai besar aku asyik gaduh ja ngan abg aku...(teka sapa abg aku! wink2**)
pssstt..ada gambar muka aku kena cakar :)
SEKARANG da bole borak2 mcm org dewasa sket..dah x jd budak2..hehe..dia pon byk bg smgt bila aku down n apa2 pon ktorg ttp gado jugak tiap kali jumpa :))

dulu aku seorang yg pendiam n susah nak senyum, then aku berubah sket2 jadi nakal n peramah..pssttt..cikgu skolah rendah aku cakap :"farhanah ni ssh nak senyum la"
SEKARANG aku mcm mana yg korang tgk..ada masa aku gila2 ada masa aku serius nak mampus, ada masa aku gelak x berhenti, ada masa aku gedik2, ada masa aku senyap, ada masa aku sedih, ada masa aku suka menyendiri..
"biasala..zaman dah berubah.." manusia apatah lg kan..
NUR FARHANAH MOHD ISMAIL mmg seorg yg suka berubah2.. hidup x selalunya cerah kan?

dulu aku jarang cakap2 n sembang2 ngan abah aku.tengok abah aku pon aku xmau.sedih x?
SEKARANG aku dah bole sembang2 mcm biasa dan bole bg nasihat jugak ttg apa2 n jugak bole cakap something yg aku rasa betul
I LOVE BOTH MY PARENTS! SERIUSLY

dulu aku rasa perangai aku agak annoying sampaikan apa2 sket aku nak merajuk je keja..pernah mak aku x beli bihun sup, aku merajuk x kuar bilik..pernah aku gaduh ngan abg aku, aku merajuk terperap je dlm bilik..pernah mak aku marah aku, aku ngs2 terperap dlm bilik..
SEKARANG hati aku dah keras da.. aku dah x kesa da apa2 jadi..nak marah ke apa ke x kesa, bila kena marah aku selalu pk balik, dulu kecik2 mak abah aku susah payah jaga aku, bg p skolah, bg p tuisyen, segala benda mak abah beli je,adik aku merajuk x dapat apa2 but then mak aku beli jugak akhirnya,duit pulak Alhamdulillah mak abah aku bole tanggung, aku ada pesan kat adik aku, jangan sia2 kan hari tua depa, jgn susahkan hati depa, jgn bg mak abah kecik hati dgn kita.. setiap kali nak masuk sem baru mak aku bg je aku beli brg2 nak masak n keperluan, kalau dihitung dgn wang ringgit mmg aku x mampu nak bayar,just mak aku nak aku berjaya dlm nursing yg aku amek skrg, walaupun depa kenai aku ni jenis keras hati, kuat merajuk, panas baran, tapi aku rasa ada perubahan lepas aku join nursing..yeah.. aku x boleh hidup tanpa mak abah..

dulu adik bradik slalu sangat bergado..aku yg kakak ni pon x matured..
SEKARANG aku cuba mengalah dlm byk benda..cuma ada kala benda yg aku rasa betul ja aku tegaskan, selebihnya aku mengalah..

dulu aku selalu rasa kenapa aku ada suasana mcm ni kenapa..kenapa.. kan alangkah bagus aku jadi mcm seseorg tu..bla.bla.bla..aku x bersyukur dgn apa yg aku ada..
SEKARANG aku lebih tahu menghargai setiap yg ada depan mata aku, aku x nak sia2 kan semua..aku cuba buat yg terbaik..insyaAllah

sebenarnya byk lagi ttg diri aku ni..tapi aku sndiri lupa..hahaha..
never mind..tq for reading :)

Tuesday, May 17, 2011

setiap hari

setiap hari berdoa
setiap hari mengharap
setiap hari menunggu
yang penting..
bersabar!

Entah kenapa

Hari yg serba tak kena..
aku berlagak tenang tapi org ckp aku mcm x kena
1 hari menunggu rasa mcm setahun
bersyukur kerana kamu slamat
saya dah mengantuk..
seharian tak kena..
seharian menunggu..
seharian gelisah tah pape...
semoga Allah jaga kamu disana..
All the best!!

Monday, May 16, 2011

Me & You

Ordinary, no
Really don't think so
Not a love this true
Common destiny
We were meant to be
Me and you

Like a perfect scene
From a movie screen
We're a dream come true
Suited perfectly
For eternity
Me and you

Everyday, I need you even more
And the nighttime too
There's no way I could ever let you go
Even if I wanted to

Everyday I live
Try my best to give
All I have to you
Thank the stars above
That we share this love
Me and you

Everyday, I need you even more
And the nighttime too
There's no way I could ever let you go
Even if I wanted to

Ordinary, no
Really don't think so
Just a precious few
Ever make it last
Get as lucky as
Me and you
Me and you

Sunday, May 15, 2011

Saya tunggu

okey xkesah berapa lama..
saya tunggu..
semoga awak berjaya..
take care

Sunday, May 8, 2011

I need salt please!

knapa tajuk aku mcm ni?
sbb skrg aku rasa BP aku low sgt..rasa mcm nak pengsan..mcm nak pitam..
ya Allah penatnya hanya Allah tahu..
semalam sepatutnya bas aku bertolak pukul 9 suku..
tapi lambat sangat dia sampai jadi pukul 9.45pm
aku cakap kat mak aku.."nak sampai pukul brapa ni mai lambat..lambat la sampai sok pg.."
then ujian seterusnya ialah bas yg sampai tu bukan bas elok yg slalu aku naek..
dia guna bas yg dia wat ulang alik ke a. star tu..mmg buruk la bas tu..
bunyi plak tu...bising... kriuk..kriuk..krekkk..
dalam ati aku.."EEEEEEE, BENGANGNYA AKU..AKU BAYAR MAHAL2 TIKET UTK NAEK BAS MCM NI KA????"
mmg menyumpah2 la aku tyme tu...
but then aku cool la..bersyukur la bas tu ada utk aku balik kuantan..
kalau xda kan naya ja.. xp posting la aku..
ok seperti sedia maklum perjalanan PERLIS-KUANTAN memakan masa 11 jam ok
11 JAM!!
ok tu belum PERLIS-JOHOR..cmner la ekk?hmm...
mmg la dah bertolak lambat sampai lambat la aku..
sampai2 je pukul 9 stgh..then kwn2 nak makan aku pn makan la sama..
ok hang kena bersyukur fanah ada org nak ambek..buatnya xdak sapa nak amek aku cmna??
xpa2... x kesah pon.. then sampai uia dlm pukul 10pg..
berkemas2 la aku kan.. xpe2 sabar..
agak aku dah abes mandi dlm kul 10stgh Fizah ckp Pak Mat suh naek bas skrg..
ya Allah aku dah mnyumpah2 dah.. "GILA KA APA NAK NAEK BAS LA, INGAT AKU NI APA..DAH LA X ABES KEMAS AGI.."
Ok..then aku kemas2 la..Yana pon dah turun, time tu aku redha je kalau Pak Mat nak tinggal aku..
aku terfikir, xpa la aku pi terminal naek bas ke temerloh pon xpa..daripada dok rushing mcm nak gila je..
serius aku mcm nak pengsan..kalau check BP aku skrg pon sure BP aku 90/60 or below
ya Allah...mmg betol la ujian aku ari ni..bengang cmpur xlarat cmpur penat sangat..
Ok dah..nak off
dadaaa~

Saturday, May 7, 2011

Puding Roti dan Sos Kastard Hari Ibu

muahahahahaa tajuk x tahan..
pandai sgt ke aku buat?tah...
aku korek2 resipi kat ternet then aku buat la..
xjadi sgt la..sbb aku kukus..
oven umah aku ni api dia menyambar..aku x reti..haha
ok ni la gambar die..
rasa not bad..
ok aku bole improve lg :)





p/s: aku xleyh kawen lagi..haha

Friday, May 6, 2011

Saya membesar~

ok..ari ni mud aku ialah tgk balik gambar2 lama..huhu..
malas nak ckap banyak..
layaan~









Thursday, May 5, 2011

Durian

dari kecik mmg aku suka sgt makan durian..nyum2
pastu dah smakin besar jadi kurang lak makan..
ok aku mmg kempunan sgt sbb lama x makan..
ari tu aku suh abah aku beli..
n smalam mak aku wat pulut durian..warghhh suka2
even x dak santan tapi xpela..kolesterol kan...
u noe wat? aku berjaya kupas durian...wahahahaha,...
pagi ni aku just nak abeskan pulut tu..syg kan kalau x makan abes..
so aku kupas la durian sbijik ag..
malang tak berbau aku terseret ibu jari aku kat duri2..ya Allah sakit gila!
mmg luka la kan..amek ang nak sgt makan..
tapi x pela..at least dah x kempunan dah aku kalau owg cter sal durian pon =p
ok seperti sedia maklum mmg pulut ni ngantok..
aku apa agi..agak dlm kul 12 terbongkang la tidoq smpai kul 1.30..
wahahahah..mananya x double chin???
adess..cmne nak pakai baju posting nih..sah2 la sluar aku ketat gler..
dasar DRUMSTICK!huhuhu.. xpela..hari2 aku di rumah adalah masa yg x dapat diambil kat mana2 tempat..xkesah la aku keseorangan pun kan pg2..

p/s: kalau nak pilih durian, kita pilih yg isi dia warna oren sket..mmg sedap gler..=p

Wednesday, May 4, 2011

Tiramisu

Ok resipi ni aku amek dari blog Fatin Liyana
macam sedap gler kan..=p



Ni resepi dia

Bahan-bahan
250g cream cheese
250g whipped cream
150g gula
coffee layer cake ( boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe)
1/2 paket nescafe or mocha 3in1 (for garnishing purpose)


Cara-cara
Potong & susun coffee layer cake dalam baking tin (1st layer)
Beat cream cheese, whipped cream & gula with hand mixer until creamy
Tuang mixture tadi diatas lapisan cake yang pertama
Susun selapis lagi cake diatas mixture tadi (2nd layer)
Tuang mixture diatas lapisan cake yang kedua
Repeat the step until finish
Taburkan 1/4 or 1/2 paket of nescafe 3in1 for ganish
Simpan dalam fridge overnight

p/s:nyummy!!!!nak try buat!