Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ke hadapan calon suamiku,,
Apa khabarnya imanmu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dgn rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yg ketika ini sedang engkau genggam?
Wahai calon suamiku..
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dgn dahsyatnya? Di sini aku dilatih utk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan sedia mendampingimu kelak. Meskipun kadang kala keluh dan putus asa menghampiri, namun kini kurasakan diri ini lebih baik.
Kadang-kala aku bertanya-tanya, mengapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah diriku, namun aku tahu jawapannya. Allah tahu di mana tempat yg paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya, kembali mencintai-Nya. Ujian demi ujian insya-Allah membuat aku menjadi kuat, sehingga ketika kelak kita bertemu, engkau berbangga memiliki aku di hatimu, menemani harimu.
Calon suamiku...
Entah di mana dirimu sekarang. Tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini sedang melatihmu menjadi mujahid yg hebat, hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yg kuharapkan daripadamu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yg engkau harapkan daripadaku, hanya kesia-siaan yg engkau dapatkan.
Aku masih hauskan ilmu. Namun berbekal ilmu yg ada ketika ini, aku berharap dapat menjadi isteri yg mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku.
Wahai calon suamiku..
Ketika aku masih di bawah jagaan ayah dan bundaku, tidak lain doaku agar menjadi anak yg solehah, agar kelak dapa menjadi tabungan keduanya di akhirat. Namun nanti, setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yg solehah agar kelak di syurga hanya aku yg menjadi bidadarimu, mendampingi dirimu yg soleh.
Aku ini seorang pencemburu. Tetapi kalau Allah dan Rasulullah lebih engkau cintai daripada aku, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu.
Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah;
"Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberiku kaktus berduri. Aku minta kepada Allah haiwan kecil dan cantik. Dia memberiku ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa. Betapa tidak adilnya dunia ini. Namun kemudian kaktus itu berbunga indah. Dan ulat pula berubah menjadi kupu-kupu yg sangat cantik. Itulah Allah, Dia tidak memberi apa yg kita inginkan, tetapi Dia memberi apa yg kita perlukan."
Aku yakin engkaulah yg aku perlukan, meski bukan seperti yg aku harapkan.
Calon suamiku yg dirahmati Allah..
Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, tidak akan kunamakan ia gubuk derita. Kerana itulah markas dakwah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta dan kasih sayang.
Ketika kelak lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dgn harta yg halal, dengan ilmu yg bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya. Ia akan mekar menghiasi taman. Maka kini sedang kupersiapkan diri ini sebaik-baiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku.
Kini aku sedang belajar menjadi yg terbaik. meski bukan umat yg terbaik, tetapi setidaknya menjadi yg terbaik di sisimu kelak.
Calon suamiku..
Inilah sekilas harapan yg kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang, tidak semua yg dirasakan dapat diungkapkan dgn kata-kata. Itulah yg kuhadapi kini. kelak bila kita bersama, di situlah engkau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yg akan belajar memahamimu.
Hidup ini indah bila engkau selalu hadir di sisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir...
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
~My Life Story~
Thursday, April 12, 2012
Kembali kepada Allah..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah..hari ni masih diberi peluang utk aku bernafas...
dalam dunia yg sangat pantas ni..
yg penuh dgn dogaan dan ujian tak putus-putus..
aku berpeluang mencari cinta Allah..
mencari ilmu Allah..
mencari hidayah Allah..
mencari diri sendiri yg dahulunya hanyut dek kealpaan dunia..
Hati selalu berdoa.. moga diberi kekuatan..
dan Allah berikanku ujian-ujian bertimpa-timpa..
di kala cinta-Nya ingin kugenggam,
muncul rintangan & halangan yg amat payah utk ditepis..
Ya Allah..
semoga diri ini terus dalam jalan redhaMu..
ampunkan aku..

Wednesday, April 4, 2012
Siapakah bakal suamiku??
Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
sources: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4424-aku-ini-tulang-rusuk-kiri-siapa.html

Sunday, April 1, 2012
Which one do you choose??
Tuesday, March 27, 2012
Bidadari dunia~
Assalamualaikum..
baru- baru ni, sedang aku melihat wall pada Facebook aku...
ternampak la video ini.. terpaku.. dan terlintas di fikiran...
cantiknyaa insan bernama wanita..
alangkah indahnya jika semua di dunia ini seperti bidadari...
aku quote something daripada Hilal Asyraf...
Wanita. Nampak seperti lemah. Nampak seperti tidak bermakna. Dahulunya dunia menjadikannya semata-mata hamba. Tidak kurang sebagai simbol seks. Bahkan ada peradaban terdahulu menganggap perempuan itu sebahagian dari syaitan kerana banyak membawa fitnah kepada kehidupan.
Tetapi Islam datang membawa sinar kemuliaan. Wanita diangkat mulia. Dijaga. Bahayanya diakui, tetapi mulianya tidak dihilangkan begitu sahaja. Wanita-wanita yang mengambil Islam sebagai cara hidup, terus menjadi seperti bidadari. Mahal. Berjalan di atas dunia dan dicemburui bidadari-bidadari Syurga.
Artikel ini sekadar menunjukkan cebisan-cebisan jejak Bidadari Dunia yang telah menembusi syurga. Semoga wanita-wanita yang masih hidup kini terasa mulia, dan ingin menjadi seperti mereka.
Kerana saya, seorang Adam nyata bahagia melihat bidadari-bidadari dunia.
Hawwa di sisi Adam.
Saya suka menggunakan cerita ini untuk menunjukkan betapa ‘mahal’nya seorang wanita.
Adam itu diciptakan di dalam syurga, yang segala-galanya sempurna. Tetapi nyata, kesempurnaan syurga itu tidak mampu mengisi jiwanya. Terasa dia sunyi dan sepi, hinggalah akhirnya diwujudkan buatnya Hawwa.
Mahalnya wanita adalah seperti syurga. Itu pada saya. Sebab itu ada lelaki, mereka fikir bila dapat wanita, mereka dapat segalanya. Sebab itu ada lelaki, sanggup gadai segala benda hanya untuk dapatkan seorang wanita.
Hawwa mengisi kekosongan jiwa Adam yang berada di Syurga. Hawwa itu jugalah yang menemani Adam saat menempuh kehidupan yang sukar di dunia. Tanpa kita lupa, Hawwa jugalah antara sebab mengapa mereka diturunkan ke dunia.
Pada permulaan sejarah manusia, perempuan wujud sebagai pelengkap. Wanita tidak menjadi ‘pemula’ sebagaimana Adam. Tetapi nyata Hawwa adalah ‘pelengkap’ yang diperlukan oleh seorang pemula.
Tidakkah wanita hari ini belajar daripada Hawwa?
Dari situ jelas terserlah intipati utama mengapa perempuan itu dicipta.
Adam memerlukan Hawwanya!
Asiah Yang Menyelamatkan Musa.
Suami yang jahat tidak semestinya isterinya jahat juga, sebagaimana ironinya suami yang baik tidak semestinya baik isterinya. Begitulah Asiah di sisi Firaun. Sangat kontra sikap mereka, tetapi nyata Firaun amat-amat mencintainya. Dan tidaklah Allah SWT meletakkan Asiah di sisi Firaun, melainkan untuk memainkan watak yang amat penting dalam sejarah manusia.
Bidadari manakah yang menyelamatkan Nabi Allah Musa, kala Firaun bergerak hendak membunuh Musa yang masih bayi itu? Kalau bukan seorang Bidadari bernama Asiah. Bidadari yang berani berhadapan dengan Firaun yang terkenal bengis dan keras.
“Mungkin kita boleh mengambilnya sebagai anak angkat, sedang kita sendiri tidak punya anak. Masakan anak sekecil ini boleh membawa bencana kepada kita.”
Dan Musa AS membesar memenuhi takdirnya sebagai utusan Ilahi.
Manakala Asiah pula menjadi salah seorang yang percaya kepadaNya, sekaligus memperjuangkan Islam di dalam istana Firaun. Dengan tabah berusaha juga membawa suaminya ke arah kebenaran, walau akhirnya diseksa dengan penjara. Dia tetap adalah yang teguh berpegang kepada ajaran Tuhan, walau akhirnya di dalam penjara dia terseksa hingga kematian.
Mulianya Asiah hingga dia diabadikan di dalam Al-Quran:
“Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.” Surah At-Tahrim ayat 11.
Tetapi siapakah yang melihat bidadari dunia ini dan mencontohinya?
Hari ini kebanyakan wanita tidak diduga seperti dugaannya Asiah, tetapi telah awal-awal meninggalkan syariat Allah Ta’ala. Maka di manakah kemuliaan semahal syurga tadi? Murah terus berubah harganya selayak gaya peribadi.
Hajar Yang Membesarkan Ismail Itu.
Kita saban tahun akan mengulang kaji kisah Hajar ketika musim Raya Haji. Tetapi wanita manakah di dunia ini yang ingin mencontohi bidadari dunia ini. Inilah dia sayap kepada Ibrahim, dan murabbiah kepada Ismail.
Akhlak cantik Ismail bukanlah tumpahan tarbiyah Ibrahim, tetapi adalah daripada tangan wanita mulia bergelar Hajar ini. Inilah dia wanita yang tidak meraung apabila ditinggalkan suaminya kerana Ilahi. Inilah dia bidadari yang kepercayaannya kepada Allah teramatlah tinggi.
Tiadalah dia apabila ditinggalkan suaminya itu, mendidik anak agar membenci pasangannya yang meninggalkan. Tetapi dia tulus mendidik Ismail agar menjadi taat dan percaya kepada Tuhan. Lantas apabila Ibrahim AS pulang kembali membawa berita untuk melakukan korban nyawa Ismail, Ismail yang dididik Hajat menjawab dengan jawapan yang tenang dan mulia.
Tidakkah kita membaca kisah itu di dalam Al-Quran?
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.” Surah As-Saffat ayat 102.
Apakah Ismail automatik menjadi sedemikian rupa?
Tidak. Tetapi berkat didikan Hajar, kesabarannya, kecekalannya, ketabahannya, keimanannya, keyakinannya.
Itulah dia Bidadari Dunia.
Dan siapakah dari kalangan saudari-saudari saya yang ingin menjadi seperti Hajar pada hari ini?
Dan Di Sisi Rasulullah Itu Bidadari-bidadari Baginda.
Tidakkah kita sering membaca Sirah, bagaimana Rasulullah SAW ketika pertama kali menerima wahyu?
Baginda pulang ketakutan dan siapakah yang menenangkan baginda?
Bukankah seorang bidadari dunia bernama Khadijah?
“Jangan takut. Sesungguhnya amat mustahil Allah akan membinasakanmu. Sesungguhnya engkau adalah yang menghubungkan silaturrahim, membantu yang sengsara, mengusahakan barang keperluan yang masih belum ada, memuliakan tetamu dan membantu orang menegakkan kebenaran.”
Bukankan bidadari dunia itu yang berada di sisi baginda?
Bidadari Dunia itu jugalah yang memberikan baginda harta untuk diperjuangkan di jalan Allah SWT. Bidadari Dunia itulah yang menemani baginda saat dipulau selama 3 tahun 3 bulan.
Jika kita selak lagi lembaran sirah, tidakkah kita kenal dengan seorang lagi bidadari dunia bergelar Ummu Salamah, salah seorang dari Ummul Mukminin, isteri baginda SAW?
Saat Rasulullah SAW buntu mengapa kaum Muslimin tidak menuruti perintahnya untuk melaksanakan penyembelihan binatang qurban dan bercukur kerana tidak dapat melaksanakan umrah pada tahun berlakunya Perjanjian Hudaibiyah, bukankah Bidadari Dunia bernama Ummu Salamah inilah yang memberikan nasihat:
“Wahai Nabi Allah, apakah engkau menginginkan perintah Allah ini dilaksanakan oleh kaum muslimin? Keluarlah engkau, kemudian janganlah mengajak bicara sepatah kata seorang pun dari mereka sampai engkau menyembelih qurbanmu serta memanggil tukang cukur yang mencukurmu.”
Bila Rasulullah SAW melaksanakannya, barulah kaum Muslimin rasa bersalah kerana tidak menghiraukan perintah baginda, dan mula mengikut apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Semua ini adalah Bidadari Dunia.
Yang beriman kepada Allah SWT. Yang jelas akan matlamat mereka berada di atas dunia. Pada mereka ada ketabahan, kekentalan, yang menjadi pakej lengkap untuk mengiringi seseorang yang hebat. Bukanlah mereka itu sekadar hiasan, tetapi merupakan pembantu dan pelengkap yang diperlukan.
Maka siapakah yang mencontohi mereka?
Dan Muhammad Al-Fateh itu dibesarkan Bidadari Dunia Yang Berwawasan.
Tiada siapa yang mengetahui bahawa Muhammad Al-Fateh adalah yang akan membuktikan profesi Rasulullah SAW di dalam hadith baginda berkenaan pembukaan Konstantinopel menjadi kenyataan.
Tiada siapa yang tahu.
Tetapi seorang bidadari dunia, yang telah mengandungkan Muhammad Al-Fateh selama 9 bulan 9 hari punya wawasan yang tinggi untuk menjadikan anaknya sebagai pemecah profesi tersebut.
Saban hari, sejak dari Muhammad Al-Fateh di dalam gendongan, Ibunya akan membawanya ke tempat yang tinggi menghadap ke Konstantinopel, lalu membaca hadith Rasulullah SAW yang masyhur:
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” Hadith Riwayat Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335.
Dari kecil, bidadari dunia inilah yang membina seorang Muhammad Al-Fateh dengan harapan dan inspirasi. Agar anak itu punya wawasan dan fokus, punya cita-cita yang tulus. Mahu menjadi sebaik-baik pemimpin yang mampu membina sebaik-baik tentera bagi merealisasikan apa yang Rasulullah SAW kata.
Maka di manakah saudari-saudari saya pada hari ini, yang mahu merealisasikan 1001 janji Allah SWT dan RasulNya bagi mereka yang tunduk dan mentaati?
p/s:taken from www.langitilahi.com

Monday, March 26, 2012
Kisah hidup
Assalamualaikum...
Perjalanan yg panjang penuh onak duri sgt sukar utk ditempuh...
tapi..
demi Allah yg khaliq..
Yang Maha Mengetahui akan hal2 ghaib..
demi segunung impian dan harapan..
aku teruskan jua...
demi wajah2 yg sentiasa di hati..
segalanya tidaklah seindah suria..
Mungkin sudah tersurat di Luh Mahfuz...
perjalanan sebegini perlu ditempuh..
asalkan hati dan diri ini tidak leka dgn arus dunia..
sungguh..
dunia ini hanya permainan sahaja...
permainan yg kadang kala buat kita teruja dgn keseronokannya..
namun hakikatnya...
dunia ini hanyalah tempat untuk kita menyembah Allah..,
menjadi Khalifah Allah...
mentaati perintah-perintah Allah dan menjauhi larangannya...
supaya akhirat kelak kita beroleh hasilnya..
sungguh hina diri ini..
kerana jadikan dunia sebagai permainan..
penuh suka dan tawa..
tanpa memikirkan apakah hasil yg akan aku dpt nanti?
Ya Allah...
diri ini penuh debu-debu dosa...
yang mungkin masih terlekat debu-debunya yg sukar utk hilang..
jalan-jalan hidupku...
hakikatnya tidak pernah beroleh kebahagiaan yg dicari..
sungguh..
ada kala hati jadi kosong.. sunyi...
lalu aku mula fikirkan makhlukMu untuk penuhi kekosongan hati..
mencintai makhluk Mu lebih daripada diriMu Ya Allah...
sungguh aku leka...dengan permainan dunia...
Teringat..
kata-kata seseorang yg telah menyentuh hati ini...
"jika kita mencintai sesuatu atau makhluk lebih dari Allah... sesungguhnya kita tidak akan temui kebahagiaan sebenar"
selama ini kata-kata nasihat dan tazkirah hanyalah di mulut..
bukannya di hati...
sesungguhnya...Allah lah yg mengawal hati ini...
Allah jugalah yg boleh lembutkan hati kita..
jadikan kisah-kisah duka kita sebagai iktibar..
untuk dekatkan diri dengan Allah..
supaya kita beroleh kebahagiaan sebenar..
::...Itulah Kehidupan...::
p/s: berusaha untuk menjadi yg lebih baik

Friday, March 16, 2012
Untukmu wahai adam~
Assalamualaikum..
Wanita memang cantik..
yes.. serius cantik dan boleh menggoncang dunia..tapi..
Wanita juga manja, suka dibelai, suka dimanjakan..
tapi batas-batas pergaulan perlu dijaga..
sesungguhnya..
"jika cinta manusia melebihi cinta Allah.. kemungkinan perpisahan yg kita dapat" (anonymous, 2012)
janganlah marahkan wanita itu jika dia sedikit sombong dgn kamu..
Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
Kerana Adam adalah pembela Hawa

Subscribe to:
Posts (Atom)